fbpx

Cuba ‘mekap’ van elak saman RM520, berakhir dengan dipenjara empat bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cubaan seorang lelaki mengubah ‘wajah’ van miliknya demi mengelak saman berakhir dengan hukuman penjara 4 bulan. - Media Wales

LONDON – Seorang pemandu van cuba mengelak membayar saman dengan menambah corak garisan pada  bonet kenderaannya  agar nampak berlainan daripada kenderaan dalam rakaman kamera perangkap laju polis, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Pemilik van, William Britton dirakam memandu pada kelajuan 119 kilometer sejam (kmh) di kawasan yang memiliki had laju 96.5 kmh.

Penalti minimum untuk memandu laju di Wales adalah denda £100 (RM520) dan tiga mata penalti ditambah pada lesen memandu.

Britton menghantar ‘wajah’ terbaharu van jenis Ford Transit miliknya kepada polis dan mendakwa bahawa mereka menyaman individu yang salah.

Polis Swansea berjaya membongkar taktik kotor Britton selepas melakukan siasatan yang mengambil masa 12 hari dan melibatkan rekod bayaran bank, pengecaman automatik nombor plat kenderaan dan isyarat telefon bimbit.

“Anda sepatutnya terima sahaja saman yang diberikan dan tidak mewujudkan situasi sekarang yang jauh lebih serius berbanding kesalahan trafik,” kata  seorang hakim mahkamah Swansea.

Britton dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan tertangguh selama 12 bulan serta hilang kelayakan memandu selama enam bulan.

Dia juga diperintahkan membayar £500 (RM2,603) untuk kos pendakwaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI