fbpx

Bekas ketua gudang ditahan terima suapan lebih RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang bekas ketua gudang syarikat logistik tempatan ditahan selepas dipercayai menerima habuan lebih RM20,000, hari ini.

bernilai kira-kira RM5 juta bagi tempoh dua tahun.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lewat 40-an itu ditahan kira-kira 6 petang tadi di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

“Suspek dipercayai meminta dan menerima wang suapan itu ketika bertugas sebagai Ketua Gudang bagi tempoh antara 2019 hingga 2021,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan pukul 9 pagi esok di Mahkamah Majistret Shah Alam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009,” jelasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI