KOTA BHARU – Ejen kosmetik yang diculik hingga dibawa lari ke Thailand buat pertama kalinya kelihatan menangis teresak-esak di rumah keluarga suaminya di sini sebentar tadi.
Azi,36, diselamatkan daripada penculik di Thailand hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Polis Thailand Jumaat lalu.
Selama 19 hari wanita itu diculik dan hari ini Azi dipertemukan kembali dengan ahli keluarga dan anak-anaknya.
Kelihatan Azi menangis sambil memangku seorang kanak-kanak dipercayai anaknya. – KOSMO! ONLINE
Berita berkaitan: Azi menangis bertemu keluarga di Kota Bharu
Berita berkaitan: Azi bebas tanpa wang tebusan