fbpx

Vladimir Putin sedia guna senjata nuklear pertahan 4 wilayah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putin beri amaran kepada Kiev dan ‘tuan sebenar’ yang dirujuk kepada blok Barat bahawa penduduk wilayah gabungan adalah milik Rusia selamanya. - TFI

MOSCOW – Pengiktirafan Russia ke atas empat wilayah Ukraine dikhuatiri bakal menjadi permulaan fasa baharu yang lebih berbahaya dalam operasi ketenteraan Moscow di Kiev, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Empat wilayah yang digabungkan di bawah kuasa Russia yang tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa adalah Donetsk, Luhansk, Kherson dan Zaporizhzhia.

Sejak beberapa minggu lalu, tentera Ukraine berjaya mengusir askar Kremlin dari bahagian Donetsk dengan menguasai hampir 40 peratus wilayah berkenaan.

Kini, setelah Moscow secara rasmi mengiktiraf Donetsk sebagai wilayahnya sendiri, Kremlin berkemungkinan akan menawan semula bandar tersebut dengan menggunakan kira-kira 300,000 askar simpanan hasil kerahan penduduk Russia yang layak berperang.

“Donetsk perlu dibebaskan,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, sebelum Presiden Vladimir Putin membuat ucapan semasa majlis meraikan gabungan empat wilayah tersebut pada Jumaat.

Dalam pada itu, Putin menegaskan bahawa biarpun beliau bersedia untuk berunding dengan Ukraine, kedaulatan empat wilayah itu tidak akan menjadi salah satu topik perbincangan.

“Saya mahu pihak berkuasa Kiev dan ‘tuan sebenar’ mereka di Barat untuk ambil perhatian terhadap kata-kata saya sebagai satu peringatan buat semua.

“Penduduk di empat wilayah yang telah memilih untuk bersama Russia iaitu Donetsk, Kherson, Luhansk dan Zaporizhzhia akan menjadi warganegara kami buat selama-lamanya,” ujar Putin.

Beliau juga telah berikrar untuk mempertahankan wilayah baharu Russia itu dengan apa cara sekali pun termasuk penggunaan senjata nuklear.

Penganalisis politik antarabangsa percaya bahawa Putin berharap gabungan wilayah itu akan membantu mengalihkan pendapat umum di Russia untuk bersetuju dengan tindakan operasi ketenteraan khas yang dilaksanakan di Ukraine sejak Februari lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI