fbpx

Selamat pengantin baru Ryan Bakery

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto yang dikongsi di laman sosial Adam Bakery.

PETALING JAYA – Pempengaruh terkenal, Ryan Bakery yang dikenali dengan panggilan budak bedak telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangan, Elyia Ibrahim semalam.

Majlis pernikahan pasangan tersebut turut dikongsikan menerusi beberapa pengguna media sosial termasuk adiknya sendiri, Adam Bakery.

Dalam majlis tersebut, Ryan kelihatan segak mengenakan sepersalinan baju Melayu putih lengkap bersongkok dan bersampin dipadankan dengan Elyia yang berbaju kurung moden.

Rata-rata orang ramai turut memuji pasangan tersebut yang membuat pendekatan ‘humble’ dan ada yang mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

“Tahniah budak bedak, ‘smart woo’ budak bedak pakai baju Melayu putih. Semoga berkekalan sehingga anak cucu hendaknya,” jelas Nik Furss.

“Suka tengok pasangan ni, sama-sama comel. Selamat menempuh alam rumah tangga, tapi kami nak video lagi ya Ryan,” jelas Nzim Fakri.

“Jangan tidak buat video pula nanti Ryan, aku tunggu video baru kau. Jangan lepas kahwin tidak kreatif pula lepas ni,” kata Zaibidi Azmi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI