fbpx

Sadio Mane akhirnya tutup mulut pengkritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE (kiri) meledak dua gol ketika membantu Bayern membenam Leverkusen pada aksi Bundesliga awal pagi semalam. – AFP

MUNICH – Bintang Bayern Munich, Sadio Mane menutup mulut pengkritik selepas menamatkan kemarau jaringan dalam enam perlawanan sejak meledak dua gol ketika menentang VfL Bochum pada Ogos lalu.

Legenda Bayern, Philipp Lahm sebelum ini mempersoalkan kemampuannya sehingga menyebabkan pengarah sukan kelab itu, Hasan Salihamidzic berbincang dengan Mane untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ia terbukti berkesan apabila Mane akhirnya kembali menggegar jaring apabila mele­dak gol ketiga Bayern dalam kemenangan 4-0 ke atas Bayer Leverkusen pada aksi Bundesliga di Allianz Arena awal pagi semalam.

Ia juga kembali meletakkan Bayern ke landasan kemena­ngan selepas gagal melakukannya dalam empat perlawanan terakhir Bundesliga dengan tiga keputusan seri dan satu kekalahan.

Jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann menegaskan, Mane masih memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan kancah Bundesliga sejak berhijrah daripada Liverpool awal musim ini.

“Saya memahami situasi dialami Mane ketika ini apabila hadir ke sebuah pasukan baharu dengan suasana yang secara keseluruhannya berbeza.

“Namun, saya percaya ia bukan satu masalah besar buat Mane. Mungkin dia perlukan sedikit masa lagi, tetapi saya percaya, dia akan menjadi antara pemain terbaik kami selepas ini,” katanya.

Tiga lagi gol Bayern dalam perlawanan itu dijaringkan oleh Leroy Sane, Jamal Musiala dan Thomas Muller. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI