PETALING JAYA – Selepas hampir lima bulan, pelakon dan pengacara popular Mira Filzah akhirnya berkongsi wajah penuh putera sulungnya, Wan Khai Amir buat tatapan umum.
Perkongsian tersebut turut dilakukan suaminya, Wan Emir Astar dalam Instagram masing-masing.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Papa dan mama dan semua mendoakan moga @wankhairamir menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air.
“Papa dan mama sayang Wan Khair Amir hingga ke akhir waktu,” tulis mereka.
Meninjau ke ruangan komen, pengikut dan para peminat turut menitipkan doa yang baik-baik buat Mira sekeluarga.
Tidak setakat itu, peminatnya juga mengambil kesempatan memuji kecomelan wajah anak sulung Mira yang bakal menginjak usia lima bulan itu.
“MasyaAllah pandainya dia amil gambar, manis betul senyuman ikut mama.
“Ikut muka Mira sangat. Comelnya muka seiras macam mama dia. Moga membesar jadi anak yang soleh sayang,” tulis mereka.
Mira, 29 dan Emir, 32, bernikah pada 3 September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Kehidupan mereka diserikan dengan kehadiran putera sulung yang dilahirkan pada 10 Mei lalu. – KOSMO! ONLINE