fbpx

‘Kami memang turun ke padang untuk memprotes’ – Mangsa rempuhan Stadium Kanjuruhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa melawat salah seorang mangsa insiden rempuhan di Stadium Kanjuruhan di Hospital Saiful Anwar, Malang, hari ini. - Nugraha Perdana/Kompas

JAKARTA – Seorang mangsa kejadian rempuhan di Stadium Kanjuruhan, wilayah Jawa Timur, mengakui para penyokong turun ke atas padang kerana tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan Arema FC, lapor laman berita Kompas.

Riyan Dwi Cahyono, 22, menceritakan detik insiden tersebut yang menyebabkan dia mengalami patah tulang sehingga perlu mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Kanjuruhan.

“Kami memang turun ke kawasan padang untuk memprotes kepada pemain dan pengurusan Arema FC. Mengapa Arema FC boleh kalah?

“Tujuan kami (penyokong) hanya untuk memprotes agar Arema FC boleh bermain dengan lebih baik pada masa hadapan,” katanya.

Tambah Riyan, belum pun sempat dia melompat pagar untuk ke tengah padang, tembakan gas pemedih mata terkena pada dirinya dari arah timur tempat duduk. Ia membuatkan dia terjatuh dan dipijak penyokong lain yang sedang berebut untuk turun dari tempat duduk utama.

“Ketika itu, saya tidak berdaya lagi, bahkan ada rakan perempuan yang datang bersama saya dari Blitar hilang dan belum tahu keadaannya kini,” kata Riyan.

Menurut Riyan, dia benasib baik kerana terselamat selepas dibantu oleh beberapa penyokong lain dan dibawa keluar dari situ.

“Kami kecewa dengan tindakan anggota keselamatan. Kami dipukul dan ditendang sehinggakan rakan kami meninggal dunia,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI