PETALING JAYA – Pertama kali membawa lagu berentak dangdut Perawan Atau Janda, itu langsung tidak menjadi masalah kepada penyanyi, Jacklyn Victor.
Selain mendapat pujian ramai di Twitter selepas berjaya membawa genre muzik yang tidak pernah dibawa sebelum ini, reaksi Jacklyn terhadap telatah Kak Lina yang sedang menari mendapat perhatian.
Tindakan Kak Lina atau Elly Mazlein ketika Jacklyn mendendangkan lagu yang popular di Indonesia itu membuatkan penyanyi tersebut tergelak.
Reaksi tersebut mendapat perhatian daripada warganet di media sosial ketika ini.
“Tahniah Jac, hebat betul boleh nyanyi lagi dangdut sampai tergelak kawan tu,” tulis @juariah.
“Sedap pula Jac bawa lagu Perawan dan Janda ni, lain macam suara dia,” kata @aniskahmad.
” Tiada masalah tengok Jac bawa lagu dangdut ni, apa-apa genre sesuai dengan suara Jac, moga jadi juara GV9,” tulis @damia92. – KOSMO! ONLINE