TIADA angin tiada ribut, nama Hael Husaini tiba-tiba menjadi bahan bualan netizen dalam Twitter.
Semuanya disebabkan sekeping foto bekas peserta Akademi Fantasia itu yang memaparkan dia tampil dengan fesyen ala-ala selebriti Korea Selatan.
Kata segelintir individu, pelantun lagu Jampi itu terlalu ingin menjadi atau berfesyen seperti artis sana.
“Hael terlalu ingin menjadi Lee Min Ho,” ciap seorang netizen.
Diva sangkakan tidak ada yang menyokong tetapi rupa-rupanya ramai pula bersetuju dengan pendapat individu berkenaan.
Berdasarkan ciapan balas ramai, rata-rata lebih sukakan penampilan lama Hael sebelum dia berubah menjadi selebriti Korea.
Bagi Diva, tidak salah pun penampilan Hael sebegitu tetapi mungkin untuk sesetengah orang tidak menggemarinya.
Jika ingin tampil menjadi seorang hebat dalam fesyen sekalipun, janganlah sesekali terpesong daripada identiti asal.
DIVA: Rindunya nak lihat lakonan Remy Ishak. Lambat lagikah nak saksikan drama atau filem terbaharunya?