fbpx

EPL: Manchester United dapat tonik aksi derbi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD akan kembali menyertai kesebelasan utama selepas pulih daripada masalah kecederaan hamstring yang dialami sebelum ini. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mengesahkan bahawa dua penyerangnya, Marcus Rashford dan Anthony Martial sudah pulih daripada kecederaan dan bersedia diturunkan pada aksi derbi menentang Manchester City di Etihad malam ini.

Perkembangan itu memberikan kelegaan kepada pengendali dari Belanda yang buat kali pertamanya merasai pengalaman aksi derbi Manchester itu, selain mereka juga mendapat suntikan semangat selepas Rashford juga dipilih Pemain Terbaik Bulan September Liga Perdana Ing­geris.

Bagaimanapun, Ten Hag turut mendedahkan bahawa ke­tua pasukannya, Harry Maguire yang pulang daripada aksi antarabangsa berdepan masalah kecederaan paha dan terpaksa disisihkan pada perlawanan itu nanti.

“Anthony Martial turun menjalani latihan bersama pasukan utama sepanjang minggu ini dan saya gembira dengan situasi itu. Rashford juga kembali menyertai pasukan,” katanya.

Rashford terpaksa diketepikan apabila mengalami kece­deraan hamstring selepas United menewaskan Arsenal 3-1 awal bulan lalu, manakala Martial pula berdepan isu kecergasan ekoran kecederaan ketika aksi pramusim.

Mengulas mengenai prestasi Maguire yang teruk dikecam ketika beraksi bersama England, Ten Hag mengakui pemain itu mendapat sokongan penuhnya daripada semua rakan sepasukan lain.

“Dia memiliki potensi, tetapi semuanya terletak pada dirinya sendiri. Semua pemain di bilik persalinan, pasukan kejurulatihan dan pengurus, kami masih mempercayainya dan itu yang telah kami katakan kepadanya.

“Saya percaya dia mampu lakukannya dan mengubah nasib yang dialami ketika ini. Saya sebagai pengurus sentiasa memberikan sokongan kerana dia memiliki kualiti,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI