fbpx

Beri bunga, simbol cinta teman istimewa Nasha Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASHA Aziz mengakui dia kini sedang mengenali rapat hati budi seseorang sejak sembilan bulan lalu.

PERTEMUAN bersama model dan juga pelakon cantik Nasha Aziz baru-baru ini menyingkap sebuah cerita indah yang bukan sahaja dinantikan-nantikan peminatnya, bahkan juga pihak media.

Semuanya gara-gara sikap ‘kepoh’ penerbit drama terkenal, Fadzil Teh mendedahkan Nasha sering menerima jambangan bunga ketika berada di set penggambaran naskhah terbitannya.

Menerusi perkongsian dalam TikTok, Fadzil mengusik figura berusia 51 tahun itu untuk mengetahui gerangan individu yang memberikan bunga kepadanya.

Teka-teki kisah cinta Nasha akhirnya diakui sendiri si empunya badan.

Nasha atau nama lengkapnya Noraishah Abdul Aziz berkata, pemberian tersebut semestinya dilakukan insan yang menyayanginya.

MENGAKUI dilamun cinta setiap hari, Nasha kini sedang mengenali hati budi seseorang.

“Saya rasa itu simbol cinta. Betul tak? Simbolik bunga itu mungkin agar saya akan selalu mengingatnya.

“Kerana mungkin dengan sifat itu (beri bunga), dia boleh menarik perhatian saya,” kata Nasha.

Bercakap lebih lanjut tentang individu ‘misteri’ itu, Nasha menjelaskan hubungannya dengan si pemberi bunga sudah terjalin sejak sembilan bulan lalu.

Aktres Laila Isabella itu mengakui sememangnya dilamun cinta setiap hari.

“Saya memang mencari cinta pada setiap waktu. Cinta itu bukannya datang dari seorang lelaki dan wanita saja, tapi kita semua,” ujarnya yang seakan masih mahu berselindung tentang gerangan individu itu.

Ditanya mengenai kriteria lelaki yang menjadi idamannya, Nasha bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi tentang perkara itu.

NASHA mahu keluar dari zon selesa apabila pertama kali menjayakan watak bidan dengan karakter sisi gelap dalam filem Talbis Iblis.

“Insya-Allah, dia mungkin menepati. Kita kena kenal lebih rapat kan? Tapi ruang untuk rapat itu susah juga sebab baru sembilan bulan perkenalan,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media filem terbaharunya, Talbis Iblis arahan Kabir Bhatia di Panggung Asia, Gombak.

Nasha menerima naskhah tersebut selepas beberapa kali berbincang dengan penulis skrip dan pengarah sekali gus keluar mahu keluar dari zon selesa.

“Saya anggap watak yang pernah saya jayakan dengan baik itu adalah ‘zon selesa’ saya,” katanya.

Menerusi Talbis Iblis, Nasha membawakan watak seorang bidan bernama Mak Ju (Junaidah) dengan karakter sisi gelap yang belum pernah dibawakannya sebelum ini.

“Mungkin orang akan kaitkan Junaidah dengan watak Jeslina dalam filem Trauma. Apa yang nyata, kedua-dua watak ini sangat berbeza.

“Apa sahaja watak yang saya mahu terima pada masa akan datang, sudah tentu saya mahukan kelainan yang belum pernah saya persembahkan,” tutup Nasha.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI