fbpx

Azeem hanya mahu nikmati aksi di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM menyasarkan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 dan menjadi pelari 100m pertama dari Asia Tenggara mencatat masa bawah 10s di AS nanti.

BINTANG pecut olahraga negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi tidak diletakkan sasaran tinggi apabila turun dalam acara 200 meter (m) pada Piala Cabaran Olahraga di Stadium Denka Big Swan, Niigata, Jepun hari ini.

Jurulatihnya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah berkata, pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) itu ketika ini berada dalam keadaan terbaik tanpa sebarang kecederaan serius.

“Azeem dalam keadaan yang bagus dan bersedia untuk bertanding walaupun jangka masa pendek selepas Sukma (Sukan Malaysia) 2022.

“Saya cuma nak dia buat yang terbaik, tiada sasaran spesifik,” katanya.

Raja pecut Sukma 2022 itu sebelum ini dikatakan mengalami hamstring ketika final 200m Sukma 2022 yang menyebabkannya meraih pingat perak di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Insiden itu menyaksikan dia terpaksa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan di Institut Sukan Negara (ISN) sebelum Azeem menjelaskan dia tidak mengalami kecederaan serius hanya isu ketegangan otot.

Selain Azeem, dua lagi atlet negara turut mendapat jemputan ke Niigata iaitu pemegang rekod lempar cakera wanita, Queenie Ting Kung Ni yang ber­aksi semalam dan Mohammad Eizlan Dahalan dalam acara lompat tinggi hari ini.

Pengurus pasukan merangkap jurulatih, Lee Hup Wei yang bersama ketiga-tiga atlet negara di Jepun ketika ini menjelaskan, kesemua mereka terutama Azeem dan Eizlan bersemangat untuk memulakan saingan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI