PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MmetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di lima negeri pagi ini.
Jelas MetMalaysia, negeri-negeri tersebut adalah Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor serta Sarawak.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.