fbpx

Amaran hujan lebat di 4 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran berkenaan dikeluarkan bagi daerah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak serta Tanah Tinggi Cameron di Pahang.

Manakala bagi Sarawak amaran dikeluarkan di Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang.

“Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran),” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI