fbpx

Virus monyet seakan Ebola ancam populasi manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIRUS itu membunuh hampir setiap monyet yang dijangkiti. - pexels

WASHINGTON – Saintis-saintis bimbang berhubung penemuan ancaman pandemik baharu yang dikhuatiri berpunca daripada sejenis virus yang menular dalam populasi monyet di Benua Afrika, lapor portal berita MailOnline semalam.

Dinamakan Virus Demam Derdarah Simian (SHFV), kuman itu berupaya mencetuskan simptom dahsyat seperti deman berdarah Ebola termasuk pendarahan organ dalaman dan membunuh hampir setiap ekor monyet yang dijangkitinya.

Virus itu mengganggu sistem imunisasi, melumpuhkan mekanisme pertahanan utama dan merosakkan badan sel demi sel.

Tiada kes dikesan dalam kalangan manusia setakat ini tetapi SHFV ‘bersedia untuk lonjakan’, kata penyelidik-penyelidik  di Amerika Syarikat (AS).

Dengan membangunkan ujian dan memantau virus berbahaya di dunia, komuniti kesihatan global bagaimanapun berpotensi mengelak tercetusnya pandemik lain selepas Covid-19, kata mereka.

Pakar-pakar di Universiti Colorado Boulder meningkatkan amaran mereka kerana virus SHFV  berupaya menjangkiti manusia.

Dalam satu kajian makmal, mereka mendapati virus tersebut mampu melekat pada badan manusia dengan mudah dan ‘membiak’.

“Virus haiwan ini telah memikirkan cara untuk mengakses sel manusia, membiak dengan sendiri dan mengatas mekanisme sistem imunisasi  yang diharapkan dapat melindungi manusia daripadanya.

“Ini agak jarang berlaku, kita sepatutnya memberi perhatian terhadapnya,” kata pengarang kanan kajian, Dr. Sara Sawyer.

Apabila menjangkiti monyet, virus SHFV menyebabkan gejala demam, pengeluaran cecair dalam sel badan secara berterusan, anoreksia dan pendarahan. Penyakit itu membawa maut dalam masa dua minggu. 

SHFV didapati menyerang sel imun dengan cara sama seperti virus kurang imun manusia (HIV), pendahulunya yang berasal daripada sejenis cimpazi di Afrika. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI