fbpx

Saya bukan sengaja kritik individu tertentu – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD SANUSI menegaskan beliau tidak gentar untuk menyatakan kebenaran termasuk berkaitan kepincangan yang didakwa berlaku dalam arena bola sepak tanah air.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan, beliau bukan sengaja cuba menimbulkan ketegangan apabila sering kali mengkritik individu tertentu dalam arena bola sepak negara.

Menteri Besar Kedah itu memberitahu, beliau juga tidak gentar untuk menyatakan kebenaran termasuk berkaitan kepincangan yang didakwa berlaku dalam sukan berkenaan.

“Saya bukan sengaja cari pasal. Saya mahu beritahu seluruh negara, jika badan ter­tinggi bola sepak takut kepada seorang individu, macam mana bola sepak ini mahu berkembang di tempat lain?

“Bukan untuk ditakutkan, jika kita bersuara tentang hak dan kebenaran, bukan kita derhaka. Ini bukan pemerintahan atau politik, ini pasal bola.

“Ada orang tidak faham, cakap Datuk Seri itu saja cari pasal. Saya cari pasal sebab ada pasal. Saya tidak takut dengan siapa-siapa pun. Saya takut pada Tuhan,” katanya pada ­Majlis Amanah Khas Setiausaha Agung, Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin di Alor Setar kelmarin.

Pemuda UMNO baru-baru ini menegur sikap Menteri Besar itu yang dilihat kebudak-budakan dan biadap dengan individu tertentu di media sosial.

Berucap lanjut, Muhammad Sanusi sekali lagi membangkitkan isu perpindahan Akhyar Rashid ke Johor Darul Ta’zim (JDT) yang didakwa beliau sia-sia, terutama sekali diletakkan di kerusi simpanan kelab itu.

“Kita panas pasal bola sepak sahaja, pasal dia beli pemain Kedah. Dia simpan di kerusi simpanan, itu kita ‘hangat’. Budak itu baik, budak hebat, pandai, kita latih dan cungkil bakat dia.

“Ketika tengah hebat bersama kita, dia beli budak itu dan pecah kontrak, letak di kerusi simpanan. Kita bawa kes ke FAM, mereka tidak berani jawab kes itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI