fbpx

Ribut petir di 6 negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di enam negeri Semenanjung serta Sabah dan Sarawak pada petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ia melibatkan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

“Di Pahang, ribut petir dijangka berlaku Jerantut dan Kuantan, manakala di Selangor meliputi daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

“Cuaca buruk sama turut diramalkan berlaku di Johor iaitu di Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” katanya.

Turut terkesan katanya, Sarawak meliputi daerah Serian, Samarahan (Simunjan), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Ribut petir dijangka turut melanda Sabah di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod).

“Keadaan cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 7 malam ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI