fbpx

Pesawat dari Malaysia boleh tambah penerbangan ke AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEE Ka Siong (duduk tengah) pada sidang akhbar khas dari Montreal, Kanada bagi mengumumkan penarafan semula kategori 1 untuk Malaysia. - Foto oleh AMREE AHMAD

PUTRAJAYA- Operator udara komersial dari Malaysia kini boleh menambah balik penerbangan awam berjadual ke mana-mana destinasi di Amerika Syarikat (AS) pada bila-bila masa.

Berita gembira tersebut diumumkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong pada sidang akhbar khas yang diadakan secara maya dari Montreal, Kanada hari ini.

Beliau yang berada di Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi menyertai persidangan agensi di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) itu juga menzahirkan syukur.

“Dengan rasa cukup gembira, saya ingin mengumumkan bahawa Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) telah kembali memberi penarafan sebagai kategori 1 kepada Malaysia.

“Terima kasih kepada semua pihak termasuk Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) atas kerja kuat dan usaha komitmen anda sepanjang lebih dua tahun lalu,” katanya.

Turut serta pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi CAAM sendiri, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Chester Voo Chee Soon.

FAA menurunkan penarafan Malaysia kepada kategori 2 pada 2019 lalu ketika era kerajaan Pakatan Harapan kerana didapati gagal mematuhi piawaian keselamatan ditetapkan ICAO.

Ia hasil pemeriksaan rutin dilakukan menerusi program Penilaian Keselamatan Penerbangan Antarabangsa (IASA) untuk semua firma udara komersial asing yang ingin memasuki ke AS.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI