PASANGAN popular, Nur Fazura dan Fattah Amin, jarang mengecewakan peminat.
Mereka juga sering menjadi bahan bualan ramai dengan kisah bisnes dan aksi romantis yang dipaparkan kepada umum.
Kini, ibu bapa kepada si cilik popular Fatima Aisya itu sekali lagi menerima pujian ramai menerusi video terbaharu, aksi Fattah menyolek Fazura.
Menurut pelakon filem Mat Kilau itu, momen tersebut merupakan kali pertama dia menyolek wajah isteri tercinta.
Lucunya, Fazura sangat suka menyakat suaminya sehingga menggeletek hati peminat.
“Manis bersemut pasangan ini dan bukan dibuat-buat hanya depan kamera. Rasa tersakiti sangat mereka yang masih solo,” seloroh pengguna TikTok.
“Kagum betul dengan pasangan ini. Saling kuat menyakat, mungkin itu resipi kebahagiaan mereka,” puji seorang lagi netizen.