fbpx

Mesej tular culik, jual organ palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan satu mesej tular di media sosial bertajuk ‘amaran kepada semua ibu bapa atau penjaga mengenai harga organ di Malaysia’ adalah palsu.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran seperti mana mesej yang ditularkan itu.

“Kita kesan mesej tular tersebut di media sosial yang menyenaraikan harga jualan bagi organ manusia seperti jantung, buah pinggang, mata, paru-paru dan hati.

“Mesej itu turut mendakwa kononnya pihak Bukit Aman mengeluarkan amaran berkenaan dua kenderaan berwarna putih dikatakan terlibat dalam kegiatan penculikan manusia dan penjualan organ terutamanya kanak-kanak berusia bawah 15 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini, tiada sebarang laporan polis diterima seperti yang dimaksudkan dalam mesej tular tersebut.

“PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan terpengaruh serta tidak membuat perkongsian sebarang hantaran mesej di aplikasi media sosial yang tidak sahih,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI