fbpx

Malaysia sukar ulang pencapaian Sukan SEA Vietnam 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nazifuddin.

KUALA LUMPUR – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memberi bayangan kontinjen negara tidak mungkin mengulangi pencapaian 39 pingat emas yang diraih pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 apabila membawa cabaran seterusnya di edisi Kemboja tahun depan.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd. Nazifuddin Najib berkata, pihaknya perlu realistik memandangkan banyak sukan yang sering menjadi lubuk emas Malaysia pada Sukan SEA tidak akan dipertandingkan.

Selain itu, keputusan tuan rumah menyenaraikan sukan-sukan tradisional menyebabkan Malaysia terpaksa meletakkan sasaran pingat emas yang lebih rendah berbanding edisi di Vietnam sebelum ini.

“Kita perlu realistik kerana banyak sukan yang merupakan lubuk emas kontinjen Malaysia dikurangkan di Kemboja. Ketika penganjuran di Vietnam pun sudah dikurangkan dan ia terus dikurangkan pada edisi ke-32 nanti.

“Justeru, kita perlu terima realiti bahawa Malaysia tidak boleh raih pingat emas sama seperti di Vietnam kerana situasi sudah berubah,” katanya ketika ditemui pada mesyuarat bedah siasat Sukan SEA Vietnam di Kuala Lumpur hari ini.

Memandangkan Kemboja sudah menyenaraikan sukan-sukan tradisional seperti bokator, catur kemboja dan gusti, pasukan negara akan berdepan kesukaran memandangkan Malaysia tidak meletakkan fokus terhadap sukan-sukan tersebut.

“Sebagai tuan rumah, Kemboja letak banyak sukan tradisional yang di luar Sukan Olimpik dan kita memang tidak fokus langsung. Oleh itu, kita memang tidak ada peluang langsung untuk dapatkan emas.

“Kita akan buat pemilihan dalam masa terdekat, mungkin akan hantar kontinjen lebih kecil, tetapi dengan peluang untuk berikan impak yang baik dari segi kutipan pingat,” ujarnya.

Sementara itu, ketua kontinjen Sukan SEA Vietnam, Datuk Nur Azmi Ahmad berharap hasil bedah siasat hari ini dapat membantu kontinjen negara melakukan persiapan terbaik menjelang Sukan SEA Kemboja Mei depan.

“Masa untuk kita tebus balik kedudukan di bawah Singapura dalam kutipan pingat di Vietnam. Tidak ada alasan lagi di Kemboja bagaimana untuk dapatkan pingat kerana sudah banyak persediaan dilakukan termasuk Sukan Komanwel dan Sukma (Sukan Malaysia),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI