fbpx

Lebih 5,000 ‘pesawat hantu’ dikesan di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat Boeing 777X mengambil bahagian dalam Pertunjukan Udara Farnborough di Farnborough pada 18 Julai lalu. - AFP

LONDON – Data menunjukkan bahawa lebih 5,000 ‘pesawat tanpa penumpang’ sama ada tiba atau meninggalkan lapangan-lapangan terbang di Britain sejak tahun 2019, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Sejak 2019, lebih 35,000 pe­nerbangan komersial beroperasi dengan kurang 10 peratus tempat duduk diduduki dan hampir tiada penumpang, demikian menurut kajian oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Britain (CAA). Tambahnya, terdapat sekitar 40,000 ‘penerbangan hantu’ sepanjang tempoh itu.

Sebagai contoh, sejumlah 62 pesawat tanpa penumpang me­ninggalkan lapangan terbang Luton menuju ke Poland dalam tempoh tiga bulan lepas, manakala 663 penerbangan tanpa penumpang bagi laluan Amerika Syarikat dikesan di Lapangan Terbang Heathrow dalam tempoh sama. Pandemik Covid-19 dikatakan berlaku dalam tempoh tersebut.

Aktivis-aktivis iklim memberi tumpuan kepada perjalanan udara kerana ia menghasilkan lebih banyak pelepasan gas karbon dalam tempoh sejam berbanding mana-mana aktiviti lain. 

Mereka berkata, pendedahan itu mengejutkan selain menegaskan bahawa rancangan pembangunan lapangan terbang serta keperluan mengenakan denda dan cukai ke atas bahan api jet perlu dilakukan.

Kerajaan Britain pula menegaskan bahawa ‘penerbangan hantu’ itu merosakkan alam sekitar.

Punca berlakunya penerbangan pesawat tanpa penumpang itu kekal misteri. Hanya syarikat penerbangan mengetahui puncanya tetapi tidak mendedahkan maklumat untuk menyokong amalan tersebut.

Sebilangan syarikat bertindak menyenaraikan penerbangan penghantaran pulang akibat Co­vid-19 atau penempatan semula pesawat sebagai justifikasi perkara itu berlaku. Namun, alasan itu tidak dapat disahkan dan lebih banyak ketelusan diperlukan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI