fbpx

GTA kekal tidak setuju PRU-15 musim banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir pada program Suara Tanah Air di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

CYBERJAYA – Gerakan Tanah Air (GTA) mengulangi pendirian bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak sesuai dilaksanakan pada musim banjir.

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau berpendapat, tarikh sesuai untuk dilaksanakan adalah tahun depan selepas berakhirnya musim banjir.

Beliau berkata, rakyat tidak sepatutnya diletakkan dalam keadaan berisiko untuk keluar membuang undi.

“Tempoh pilihan raya sepatutnya bebas daripada musim banjir dan angin kencang supaya semua orang dapat keluar mengundi dengan selamat,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, tindakan UMNO untuk tetap mengadakan PRU-15 pada tahun ini dilihat menguntungkan parti itu sahaja.

Dr. Mahathir berkata, beliau menjangkakan dua tarikh PRU-15 yang bakal dipertimbangkan UMNO sama ada akhir bulan Oktober atau akhir bulan November ini.

Menurutnya, tarikh itu mungkin dipilih untuk menguntungkan mereka (UMNO) sahaja dan apabila ramai yang tidak akan keluar mengundi, mereka akan dapat sokongan.

“Mereka tidak peduli jika ramai yang akan terjejas bila keluar buang undi pada musim banjir kerana mereka mahu menang pilihan raya sahaja,” katanya.

Ditanya sama ada GTA akan menghantar surat bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menangguh pembubaran Parlimen jika PRU-15 tetap diadakan tahun ini, Dr. Mahathir berkata, pihaknya akan memutuskan perkara itu kemudian.

Semalam, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan supaya ia diadakan pada tahun ini.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI