fbpx

EPL: Arsenal sedia pertahan kedudukan di puncak liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINELLI bakal menggalas harapan besar Arteta untuk merobek gawang Spurs pada aksi di Emirates malam ini. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui pasukannya tidak berdepan tekanan dalam usaha mengekalkan kedudukan carta pendahulu menjelang aksi derbi utara London bertemu seteru tradisi, Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini.

Kata Arteta, pasukan telah menunjukkan rentak positif dengan memenangi enam aksi daripada tujuh perlawanan musim ini dan momentum tersebut perlu diteruskan de­ngan memanfaatkan kelebihan beraksi di Emirates nanti.

“Buat masa ini kedudukan pasukan sangat bagus dan ini membuktikan kami masih lagi dalam situasi mencabar gelaran liga. Cuma, saya tidak mahu pasukan berpuas hati dengan pres­tasi semasa kerana kita akan mengharungi perlawanan getir bertemu Spurs.

“Sudah tentu saya mahu pasukan melakar kemenangan agar kedudukan pendahulu dapat dikekalkan. Namun, saya juga tidak mahu ia menjadi tekanan kerana saingan liga masih panjang dan apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 38 perlawanan nanti,” katanya.

Difahamkan, Arteta bakal kehilangan khidmat beberapa pemain utama yang mengalami kecede­raan seperti Thomas Partey, Martin Odegaard, Oleksandr Zinchenko, Takehiro Tomiyasu, Kieran Tierney dan Emile Smith-Rowe pada perlawanan getir itu nanti.

Sementara itu, pengendali dari Sepanyol itu turut mencabar agar pemain sayap sensasi, Gabriel Martinelli terus menjadi tunjang pasukan sekali gus berusaha untuk membantu pasukan mengutip tiga mata berharga ke atas Spurs kali ini.

“Jika anda lihat apa yang dilakukan Martinelli sejak musim lepas dengan peningkatan mendadak, ia sangat luar biasa. Kini, cabaran utama buatnya adalah untuk kekal konsisten dan saya harap dia dapat menjadi wira pasukan pada aksi itu nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI