fbpx

Bezzecchi sambar petak pertama GP Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEZZECCHI meraikan kejayaan menempah petak pertama buat julung kali dalam kariernya menjelang perlumbaan GP Thailand di Litar Antarabangsa Buriram esok. - AFP

BURIRAM – Pelumba pasukan Mooney VR46 Racing Team, Marco Bezzecchi mencipta kejutan sensasi apabila menempah petak pertama menjelang Grand Prix (GP) Thailand di Litar Antarabangsa Buriram esok.

Ini adalah kali pertama pelumba berusia 23 tahun dari Rimini, Itali itu akan memulakan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di petak hadapan sepanjang saingan musim ini.

Bezzecchi meraih kejayaan itu dengan merekodkan catatan masa terpantas satu minit 29.671 saat (s) selepas melintasi garisan penamat pada masa terakhir kelayakan kedua (Q2) sebentar tadi.

“Saya langsung tak menjangka kedudukan petak pertama selepas melintasi garisan penamat. Saya cuba sehabis baik untuk tamatkan sesi kelayakan ini,” kata Bezzecchi.

Pelumba Prima Pramac Racing, Jorge Martin pula akan memulakan perlumbaan GP Thailand esok di petak kedua diikuti Francesco Bagnaia dari pasukan Ducati Lenovo Team di petak ketiga.

Juara bertahan yang juga pendahulu carta keseluruhan MotoGP musim ini, Fabio Quartararo dari pasukan Monster Energy Yamaha terpaksa akur menamatkan sesi kelayakan kedua di tempat keempat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI