fbpx

Aleix Espargaro harap hujan di Buriram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEIX mengakui belum berputus asa dalam misi memburu kejuaraan dunia musim ini dan bersedia melakar kejutan di Buriram nanti. – AFP

BURIRAM, Thailand – Selepas gagal meraih sebarang mata pada Grand Prix (GP) Jepun, Aleix Espargaro meng­akui keadaan cuaca di Thailand yang mencabar adalah tarikan utama untuk mencerahkan pe­luangnya merebut gelaran dunia MotoGP musim ini.

Perlumbaan GP Thailand di Litar Antarabangsa Chang, Buriram pada hujung minggu ini dijangka berlangsung dalam cuaca hujan sekali gus memberi tekanan kepada perebutan gelaran MotoGP yang kini hanya berbaki empat pusingan.

Justeru, pelumba Aprilia tersebut yang berada di tangga ketiga keseluruhan yakin gela­ran dunia MotoGP 2022 masih terbuka selepas hanya dipisahkan 25 mata dengan Fabio Quartararo yang mendahulu carta kedudukan teratas dengan 219 mata.

“Tiada siapa pelumba suka beraksi dalam keadaan litar yang basah dipenuhi air. Kami lebih gemar beraksi litar kering kerana ia melibatkan soal ke­selamatan.

“Jika perlumbaan minggu ini berlangsung dalam suasana hujan, mungkin perebutan gelaran dunia makin mencabar. Jika diikutkan, saya lebih laju di litar basah dibandingkan dengan Francesco Bagnaia dan Quartararo.

“Dalam situasi ketika ini, jika keadaan kucar-kacir ia adalah baik buat saya terutama dalam perebutan gelaran dunia kerana ketika ini saya berada di tangga ketiga keseluruhan,” kata pelumba Sepanyol tersebut.

Pelumba Ducati, Bagnaia yang gagal menamatkan sai­ngan di Jepun minggu lalu dilihat berada dalam tekanan apabila jaguh Itali itu kini ketinggalan 18 mata dengan Quartararo selepas mengumpul 201 mata.

Justeru, Bagnaia yang menduduki tangga kedua keseluruhan tidak boleh melakukan kesilapan kerana ia bakal memberi kesan kepada kedudukannya selepas gagal menamatkan perlumbaan di Motegi minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI