fbpx

Stor simpan kain hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba dalam operasi memadamkan api di bahagian stor penyimpanan kainnya berkeluasan 35x50 kaki persegi yang marak terbakar di Kilang Choon Giap Knitting Industries Sdn Bhd, Jalan Kuang Bulan, di sini awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Sebuah kilang fabrik hangus dijilat api apabila 80 peratus bahagian stor penyimpanan kainnya terbakar di Kilang Choon Giap Knitting Industries Sdn Bhd, Jalan Kuang Bulan, di sini awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.58 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Jelasnya, jumlah jentera yang terlibat ke tempat kejadian adalah berkekuatan seramai 45 anggota dan empat Balai Bomba Penyelamat (BBP) terlibat dalam operasi tersebut.

“Setibanya jentera bomba dilokasi kejadian, kami telah mengenal pasti kebakaran melibatkan sebuah kilang penyimpanan kain di bahagian stor berkeluasan 25×50 kaki persegi sudah terbakar kira-kira 80 peratus.

“Tindakan operasi pemadaman menggunakan teknik offensive dan defensive dengan membuat cooling di bangunan berhampiran dilakukan untuk memadamkan api,” katanya dalam satu kenyataan awal pagi tadi.

Tambahnya, dalam kejadian ini, tiada mangsa yang terlibat dan api telah dipadamkan sepenuhnya kira-kira dua jam selepas ketibaan bomba di kilang yang terbakar itu.

Pihak Bomba masih mengenalpasti punca kebakaran dan anggaran kerugian yang dialami kilang tersebut kerana masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI