fbpx

Saksi sahkan tiada kes culik hadapan sekolah di Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GOMBAK – Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak mengesahkan tiga laporan dakwaan cubaan culik di tiga buah sekolah rendah daerah Gombak mendapati tiada perlakuan kejadian sebagaimana dilaporkan mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kesemua saksi yang berada di tempat kejadian telah ditemui dan memberikan kerjasama yang baik sewaktu siasatan.

“Saksi penting dikenal pasti polis melibatkan beberapa individu termasuk pengadu, rakan sekolah mangsa, pengawal keselamatan sekolah, warden lalulintas, guru besar dan Yang Dipertua PIBG sekolah serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Sekolah Aga Rakyat KAFA Integrasi At-Tayyibin.

“Kesemua saksi ini turut berada di lokasi pada masa yang didakwa kejadian berlaku dan mengesahkan tiada sebarang perlakuan kejadian sebagaimana yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noor Ariffin, sebelum ini IPD Gombak menerima tiga laporan polis berkaitan dakwaan cubaan penculikan kanak-kanak di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Gombak.

Katanya, hasil siasatan mendapati tiga kejadian tersebut berlaku dihadapan sekolah selepas waktu persekolahan tamat dan keadaan hadapan sekolah pada ketika itu dipenuhi dengan kenderaan bas sekolah serta kenderaan ibu bapa yang mahu mengambil anak masing-masing.

“Laporan polis tersebut telah dibuat oleh dua wanita warga tempatan berusia 32 dan 38 tahun serta seorang lelaki warga tempatan berusia 43 tahun.

“Tambahnya, mangsa telah diberitahu oleh anak mereka masing-masing yang berusia tujuh dan sembilan tahun mendakwa ada cubaan culis oleh lelaki yang tidak dikenali semasa berada diluar sekolah,” jelasnya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan penyebaran berita palsu dan menularkannya kerana ia boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI