fbpx

Roti canai makanan jalanan terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rupa bentuk roti canai sarang burung yang direka khas di Gerai Roti Canai Abah di Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang. Gambar Amir Irsyad Omar

PETALING JAYA – Hidangan popular di Malaysia, roti canai diumumkan sebagai makanan jalanan terbaik di dunia.

Makanan itu dinobatkan sebagai makanan jalanan terbaik oleh laman web TasteAtlas, yang berpangkalan di Sofia, Bulgaria.

Senarai 50 makanan jalanan terbaik dunia yang dikeluarkan oleh laman web tasteatlas.

Laman web itu sering mengumpulkan resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan artikel penyelidikan tentang bahan dan hidangan popular dari serata dunia.

Menerusi hantaran di Facebook TasteAtlas,  sebanyak 50 makanan jalanan terbaik telah disenaraikan dan roti canai mencapai skor tertinggi iaitu  4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna.

Turut berada dalam carta Top 50 makanan jalanan terbaik di dunia ialah Lumphiang Shanghai dari Filipina pada kedudukan kedua dan Karaage (Jepun) di tempat ketiga.

Selain roti canai, beberapa hidangan lain yang juga sinonim dengan rakyat Malaysia turut berada dalam carta tersebut seperti pisang goreng, samosa dan beberapa lagi hidangan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI