fbpx

‘Ratu Kayak’ Syahida Asyiqin dipujuk tidak bersara awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASA depan Syahida mendapat tumpuan ramai termasuk kerajaan negeri Terengganu yang turut bersedia membantu atlet berusia 18 tahun itu meneruskan kariernya dalam bidang sukan.

MASA depan atlet kanu Terengganu, Syahida Asyiqin Rusli terus mendapat perhatian apabila Kerajaan Negeri Terengganu turut berhasrat untuk membantu atlet berusia 18 tahun itu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri telah memiliki perancangan untuk Syahida agar kekal aktif dalam sukan terbabit.

“Kita bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) akan berunding dengan Syahida bagi menempatkan dia di institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini mengikut jurusan pilihannya.

“Beliau masih muda iaitu 18 tahun. Kita tidak mahu merugikan bakat dan masa depannya yang cerah dalam sukan dan pelajaran, lagipun dia masih layak beraksi pada Sukma 2024,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Terdahulu, Syahida meluahkan hasrat untuk bersara setelah cemerlang meraih empat pingat emas, dua pe­rak dan satu gangsa pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 minggu lalu bagi melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Wan Sukairi berkata, MSNT tidak mahu kehilangan prospek pingat emas untuk Terengganu, sekali gus merangka program seimbang antara latihan dan pelajaran buat Syahida.

Beliau menjelaskan, pelbagai institusi pengajian tinggi di Terengganu berminat menawarkan tempat kepada atlet remaja berpotensi tinggi berkenaan.

“Kita akan usahakan yang terbaik untuk dia terus menabur bakti kepada Terengganu. Apa yang penting dia boleh aktif dalam sukan kenu kerana banyak kejohanan boleh disertai termasuk Sukan SEA Kemboja 2023 dan Sukma 2024,” katanya.

Sebelum ini, Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) tidak ketinggalan bersedia membantu atlet terbabit yang berjaya memecah­kan rekod kebangsaan dalam acara K1 1000 meter (m), K1 500m, K1 200m dan K2 200m.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI