fbpx

PAC bentang laporan perolehan aplikasi MySejahtara di Parlimen Selasa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kah Woh (kiri) bercakap pada sidang akhbar di Ipoh hari ini.

IPOH – Laporan penuh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan perolehan aplikasi MySejahtera akan dibentangkan pada Selasa di Parlimen.

Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, pihaknya telah pun melakukan siasatan berkenaan isu tersebut melibatkan beberapa aspek.

“Aspek nombor satu adalah pelantikan KPI Soft Sdn. Bhd. selaku pembangun aplikasi MySejahtera. Kedua pula mengenai tempoh tanggungjawab sosial korporat (CSR) ditawarkan.

“Seperti diumumkan Perdana Menteri, pembangunan aplikasi itu adalah bersifat CSR dan persoalannya sekarang kenapa kerajaan perlu membayar untuk penggunaan dan perkhidmatan MySejahtera,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kah Woh berkata, kerajaan telah melakukan pembayaran bermula April tahun lalu sehinggalah September lalu.

Pada masa sama, katanya, dalam prosiding perolehan aplikasi MySejahtera yang diadakan pada 14 dan 21 April lalu, PAC telah memanggil dua menteri selaku saksi.

Dua menteri tersebut, menurutnya ialah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Kita juga telah panggil Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (Mampu) dan pegawai-pegawai kanan MKN untuk beri keterangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI