fbpx

Mohd. Fairuz dipanggil semula jadi saksi perbicaraan Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit ketika tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Tenom bagi menghadiri perbicaraan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya.

TENOM – Mahkamah Majistret Tenom di sini hari ini dijangka memanggil semula saksi pendakwaan pertama, Mohd Fairuz Abu bagi perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Difahamkan, ia bagi membolehkan mahkamah menyambung pemeriksaan balas membabitkan saksi berkenaan.

Prosiding perbicaraan kes gangguan seksual Ebit memasuki hari terakhir hari ini sebelum tarikh baharu perbicaraan ditetapkan.

Sementara itu, Ebit tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.20 pagi ditemani peguam dengan menaiki kereta jenis pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam.

Terdahulu, dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada 7 Ogos 2021.

Ebit pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan melibatkan hantaran gambar serta perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi Whatsapp.

Semua kesalahan itu didakwa berlaku ke atas seorang wanita Melayu di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI