fbpx

Keluarga tak sabar tunggu kepulangan Azi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakak kepada Azi menunjukkan gambar adiknya yang kini selamat selepas dibawa lari ke Thailand selama lebih dua minggu. FOTO ROHANA ISMAIL

TUMPAT – Seluruh ahli keluarga kepada ejen jualan produk kosmetik, Rosnazirah Mohd. Naim, 36, atau Azi yang dibawa lari ke Thailand selama lebih dua minggu tidak sabar untuk menunggu kepulangan wanita itu.

Kakak kepada Azi yang enggan dikenali berkata, dia dan ahli keluarganya bersyukur apabila menerima berita adiknya itu selamat selepas diculik dari rumah di Kampung Semat Jal di sini pada 13 September lalu.

Menurutnya, bagaimanapun, semua ahli keluarga masih belum dapat berhubung dengan Azi.

“Kami tidak sabar menunggu kepulangan Azi. Polis belum maklum apa-apa lagi mengenai keadaannya dan besar harapan kami sekeluarga agar Azi dibawa pulang segera ke rumah ini. Kami rindu nak peluk Azi.

“Selepas polis mengesahkan Azi selamat, saya menanti-nanti perkembangan selanjutnya. Salah seorang adik saya telah memaklumkan kepada kedua ibu bapa kami mengenai keadaan Azi yang kini selamat selepas dibawa pulang dari Thailand,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Semat Jal di sini.

Menurutnya, ibu, Zahasnah Mohd. Zain,61, kelihatan tenang mendengar khabar itu dan benar nalurinya mengatakan Azi selamat meskipun hilang dalam tempoh yang lama.

Katanya, ramai yang menyangka Azi kini sudah berada di rumah malah ada yang menuduh keluarga menyembunyikannya.

“Setakat ini, Azi belum sampai ke rumah lagi. Kami tidak menyembunyikan Azi dan hanya polis tahu Azi di mana sekarang ini,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata, Rosnazirah Mohd. Naim, 36, diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa Thailand dan kini berjaya dibawa pulang ke Malaysia.

Menurutnya, lokasi keberadaan mangsa di negara itu dapat dikesan melalui kerjasama erat Polis Diraja Malaysia dan Polis Diraja Thailand.

“Mangsa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air hari ini.

“Dalam kes ini, seramai tujuh lelaki tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI