fbpx

Kanak-kanak lelaki lemas ambil bola di sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang ditemui pihak bomba di Sungai Bukit Lanchong hari ini.

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun ditemui lemas selepas dikatakan cuba mengambil bola di Sungai Bukit Lanchong, hari ini.

Mayat mangsa dikenali Wan Mohamad Hafiq Wan Ismai ditemui terapung pukul 8.21 pagi tadi kira-kira dua kilometer (km) dari lokasi kanak-kanak itu dilaporkan jatuh.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya terlebih dahulu menerima panggilan kecemasan pukul 4.56 petang semalam berhubung kejadian lemas itu.

Katanya, berdasarkan maklumat awal kanak-kanak itu telah terjatuh ketika cuba mengambil bola dan telah dibawa arus dan tenggelam di sungai tersebut.

“Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam telah bergegas ke lokasi kejadian bagi tujuan pemantauan sebelum tugas mencari diserahkan kepada Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

“Pencarian permukaan kemudiannya melibatkan di tempat terakhir mangsa dilihat kali terakhir sebelum tenggelam dan sekitar kunci air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, operasi pencarian yang diteruskan pada hari bermula pukul 8 pagi melibatkan 12 anggota dan dua buah bot.

Tambah Norazam, mangsa kemudiannya ditemukan terapung kira-kira dua km dari lokasi mangsa dipercayai terapung selepas 21 minit operasi mencari dan menyelamat dilakukan pihaknya.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI