fbpx

Gadis dibedah, terpaksa lupakan hasrat ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ain Nasuha (dua dari kiri) selepas menjalani pembedahan di hospital swasta di Shah Alam baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Seni Malaysia (SSeM) di sini terpaksa melupakan hasratnya untuk bersekolah seperti biasa selepas mengalami masalah ketumbuhan di hidung.

Biarpun baru menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor baru-baru ini untuk membuang ketumbuhan itu, namun Ain Nasuha Samsuri, 14, mengalami kesan sampingan akibat ketumbuhan tersebut.

Menurut bapa tirinya, Sezali Daud, 60, ketumbuhan itu membuatkan Ain Nasuha mengalami migrain yang teruk selain menjejaskan struktur hidung remaja tersebut.

Bukan itu sahaja, Ain Nasuha turut mengalami masalah penglihatan dan ia menyukarkan gadis tersebut menjalani kehidupan harian seperti biasa.

“Boleh dikatakan Ain Nasuha tidak boleh memandang objek yang terang kerana ia akan menyebabkan kepalanya sakit. ­Ba­hkan, dia juga berasa susah untuk bernafas dan kerap berasa berdebar.

“Sudah hampir dua bulan dia tidak bersekolah. Jika hadir sekali pun (ke sekolah) hanya untuk menduduki peperiksaan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sezali memberitahu, mereka memerlukan bantuan kewangan kerana kos rawatan susulan anak tirinya itu mencecah RM50,000 sebulan yang mana keluarganya kini bergantung kepada sumba­ngan orang ramai.

Tambah lelaki itu, pendapatan­nya sebagai pemuzik jalanan tidak mencukupi untuk membantu anak tirinya bagi mendapatkan rawatan secara berterusan di hospital.

“Kami tinggal jauh dari hospital tempat dia menerima rawatan iaitu di Dengkil, Selangor. Jadi itu juga termasuk dalam perbelanjaan yang perlu kami sekeluarga tanggung,” katanya.

Orang ramai yang ingin ­menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank RHB bernombor 080711100626 atas nama Ain Nasuha atau menghubungi Sezali di talian 010-27001311.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI