fbpx

Fazura kecewa, anak saudara autism diherdik dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA dan Fattah bersama keluarga mereka bercuti di Pulau Langkawi, Kedah sempena sambutan ulang tahun aktres itu yang ke-39.

PETALING JAYA – Pelakon Nur Fazura terkilan dengan sikap seorang penumpang pesawat yang bertindak mengherdik anak dan anak saudaranya ketika di dalam pesawat menuju pulang ke ibu kota selepas bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.

Isteri Fattah Amin itu bertanyakan soalan kepada golongan ibu bapa mengenai insiden ditempelak orang asing gara-gara reaksi tidak diduga puteri serta anak buahnya yang juga kanak-kanak autism.

“Nak tanya ibu bapa seluruh Malaysia. Pernah tak anda semua bawa anak-anak kecil naik kapal terbang, dan mereka gementar dalam perjalanan di udara?

“Anak-anak kecil, macam Fatima baru nak masuk dua tahun. Sepupu Fatima pula anak syurga, autistik.

“Apa perasaan anda jika ada penumpang wanita lain mengherdik ‘kalau awak semua tak boleh kawal anak sendiri, mereka tak patut terbang’, sambil menunjuk-nunjuk jari ke arah anak anda?” soalnya.

Fazura meluahkan persoalan tersebut menerusi sebuah hantaran dalam Instagram miliknya yang turut memaparkan gambar percutian seisi keluarga termasuk bersama suami dan puteri mereka, Nur Fatima Aisya.

Mereka bercuti di pulau peranginan popular tersebut bersempena sambutan ulang tahun ke-39 aktres dan usahawan popular berkenaan.

Menerusi hantaran sama, bintang Golf & Gincu itu turut menitipkan doa kepada semua ibu bapa supaya terus diberi kekuatan dalam menjaga anak-anak mereka.

“Semoga Allah SWT memberikan kesabaran kepada semua ibu bapa terutama para ibu dalam menjaga amanah-Nya. Amin,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam ruangan komen, ramai pengikut termasuk rakan selebriti seperti Catriona Ross berkongsi pandangan terutama membabitkan tindakan kasar terhadap anak istimewa.

“Sungguh kejam, sangat biadab! Orang ramai sepatutnya lebih empati terhadap kanak-kanak terutama anak istimewa.

“Anak lelaki saya juga autism. Semoga Allah memberikan kesabaran kepada kita semua,” tulisnya.

Aktres Diana Danielle pula menceritakan tindakan tenang seorang ayah di sebuah taman awam apabila ditegur individu tidak dikenali mengenai pelakuan anak syurganya.

“Apabila di tempat umum dan anda nampak ada kanak-kanak menangis atau sebagainya, jika tidak dapat menolong sekurang-kurangnya jangan patahkan semangat mereka atau ibu bapa mereka.

“Setiap kanak-kanak berhak pergi ke taman mahupun menaiki kapal terbang,” katanya.

Pada masa sama, ramai lagi pengikut laman Instagram Fazura mendedahkan pengalaman berdepan situasi yang seakan sama dengan aktres berkenaan.

Tidak kurang juga meluahkan rasa tidak puas hati atas perlakuan wanita terbabit yang tidak boleh bertoleransi dengan penumpang yang membawa anak kecil dan anak istimewa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI