PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 1,867 kes semalam termasuk empat kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,800,674 setakat ini.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 1,402 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,777,329 orang.
Kata laman web itu, sebanyak 25,174 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah 461.
“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 470 diikuti Kuala Lumpur (451), Perak (183), Sabah (159), Pulau Pinang (104), Melaka (82), Negeri Sembilan (79), Sarawak (77) dan Johor (56).
“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Kelantan (55), Kedah (52), Pahang (40), Terengganu (29), Putrajaya (23), Perlis (4) dan Labuan (3),” kata maklumat itu hari ini.
Dalam perkembangan sama, sebanyak empat kematian dilaporkan dengan tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,369.
Jumlah kematian BID pula kekal sebanyak 7,732 setakat ini.
Sebanyak 24,071 kes dikuarantin di rumah, tiada kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,060 kes di hospital, 19 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 24 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE