fbpx

Ribut petir di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda kawasan Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, keadaan cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 1 pagi.

“Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

“Bagi Kelantan, hujan dilaporkan tertumpu di kawasan Gua Musang, manakala di Pahang membabitkan Jerantut,” katanya hari ini.

Selain itu, Sarawak pula meliputi Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang.

“Turut terlibat iaitu Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Tongod) serta Labuan di Sabah.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI