fbpx

Rambut ‘choppy’ Jeon So-min dibenci peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEON SO-MIN

KEBELAKANGAN ini apa sahaja tindak-tanduk yang dilakukan selebriti terkenal Jeon So-min yang menjadi bahan perbualan dalam kalangan pengikutnya.

Terbaharu, wanita berusia 37 tahun itu ada memuat naik InstaStory memperlihatkan dirinya dengan gaya rambut ‘choppy’.

“Saya nak tunjuk rambut depan, tapi maaf mata kanan saya digigit nyamuk,” tulisnya ringkas.

Menerusi hantaran tersebut, ramai dalam kalangan pengikutnya memenuhi ruangan komen dalam hantaran sebelumnya sekali gus memberikan reaksi mengenai imej terbaharunya itu.

“Serius pelik, sangatlah pelik. So-min tolong kekalkan imej terdahulu. Jangan try hard (cuba sedaya upaya) untuk cuba itu dan ini,” tulis mereka.

Sebelum ini, anggota tetap Running Man itu turut pernah mengejutkan peminatnya selepas berambut pendek bermula awal tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI