fbpx

NASA dedah imej kapal angkasa DART hentam asteroid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej ini dirakam oleh LICIACube buatan Itali beberapa minit selepas pelanggaran DART dengan asteroid Dimorphos yang dirakam pada 26 September lalu. - ASI/NASA

WASHINGTON – Saintis mendedahkan imej pertama dari satu satelit kecil yang merakam detik kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merempuh sebuah asteroid pada Isnin lalu, lapor akhbar The Sun semalam.

Kapal angkasa kecil LICIACube bersaiz gelombang mikro berjaya merakam gambar misi Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) NASA dalam memesongkan orbit batuan angkasa.

Imej-imej itu sampai ke Bumi 24 jam kemudian, dan ia menunjukkan senario serpihan yang terhasil akibat hentaman tersebut tersebar sejauh 10.9 juta kilometer dari lokasi berkenaan. 

Satelit kecil itu turut merakam situasi sebelum dan selepas pelanggaran asteroid Didymos, sepasang batuan angkasa lepas yang menjadi sasaran DART.

NASA sebelum ini menyiarkan rakaman langsung dari DART ketika ia menghentam Dimorphos, sebuah asteroid bersaiz 167 meter yang mengorbit Didymos.

LICIACube iaitu sebuah satelit yang terlepas daripada kapal angkasa itu sebelum berlakunya hentaman berjaya mengumpul data sebelum, semasa dan selepas kejadian.

Imej-imej itu sepatutnya menunjukkan kadar kemusnahan asteroid kecil itu akibat hentaman serta memberi penerangan mengenai komposisinya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI