SELAIN ketiadaan Nabil Ahmad sebagai pengacara, ada beberapa lagi isu yang dicetuskan penonton di rumah sepanjang konsert minggu kedua Gegar Vaganza minggu lalu.
Antara yang menjadi bualan hangat netizen ialah sikap penonton di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Menurut peminat yang menyaksikan siaran langsung di rumah, suara dan sorakan penonton di MBSA tidak kena masa mengganggu nyanyian peserta.
“Tolong kawal penonton dalam dewan, bising sangat. Jika penyanyi sedang buat persembahan dan juri memberi komen, tolong kawal mereka,” luah seorang pengguna Twitter.
“Mereka di dewan tidak hormat juri sewaktu beri komen, kenapa perlu diberikan sorakan seperti kurang puas hati?” kata seorang lagi netizen.
Tidak dinafikan, minggu lalu semangat penonton di MBSA, terutama kelab peminat peserta lain macam.Janganlah bersorak pada waktu yang tidak sesuai, jika kerap sangat, memang akan naik menyampah.
MIZZ LAHAR: Ramai tak sabar nak lihat Jaclyn Victor berdangdut!