fbpx

KPWKM tumpu kesihatan mental mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Zailah (dua dari kanan) menyampaikan anugerah Tokoh Sayidatina Aishah kepada pendakwah terkenal, Ustazah Asma' Harun di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat (KPWKM) akan turut memberi fokus membantu kesihatan mental mangsa banjir pada musim tengkujuh tidak lama lagi.

Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, sebahagian mangsa terutama mereka yang pertama kali berhadapan dengan musibah banjir dikhuatiri mengalami gangguan emosi.

“Seramai lebih 1,000 kaunselor bertauliah telah bersiap bersedia bertugas terutama di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi membantu mangsa banjir terbabit menangani tekanan.

“Perkhidmatan bimbingan kaunseling terhadap mangsa banjir tersebut akan turut dibantu sebahagian anggota Skuad Waja yang telah menerima kursus dan latihan khas,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Sayyidatina Aishah anjuran kerajaan negeri Terengganu.

Dalam perkembangan sama, Siti Zailah berkata, seramai 326,500 sukarelawan yang mendaftar dalam Skuad Waja sudah bersiap sedia membantu mangsa banjir menjelang monsun Timur Laut tidak lama lagi.

Tambah beliau, mereka berperanan membantu agensi bertanggungjawab melancarkan operasi lebih 6,000 PPS yang dijangka dibuka di seluruh negara.

“Mereka juga berperanan membantu menangani isu-isu psikososial dalam kalangan mangsa banjir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI