fbpx

Jari tersepit dalam mesin tebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farhanduddin Foji dibantu pihak bomba mengeluarkan jarinya yang tersangkut dalam mesin pemerah tebu.

KUCHING – Jari seorang lelaki tersangkut pada mesin pemerah tebu yang sedang berfungsi dalam kejadian berhampiran Taman Kopodim, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 5.06 petang menyatakan insiden tangan mangsa tersepit pada mesin pemerah tebu.

Jelasnya, selepas menerima panggilan, Balai Bomba Penyelamat Petra Jaya bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan seramai 10 anggota.

“Sampai di lokasi kejadian, mangsa, Farhanuddin Foji, 25 telah cedera di bahagian jari tangan sebelah kiri telah tersepit di mesin memerah tebu.

“Bomba bertindak mengeluarkan jari mangsa dengan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa seterusnya dihantar oleh pasukan ambulan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI