fbpx

Beri ruang SPRM jalan siasatan – MB Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (lima dari kiri) bersama beberapa Pegawai Daerah dan Tanah Selangor dalam program persiapan menghadapi banjir Selangor di bangunan SUK Selangor , Shah Alam, hari ini

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor terbuka dengan siasatan yang sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) susulan penahanan tujuh orang pegawai majlis itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya percaya ada sebab yang mengakibatkan suruhanjaya berkenaan menahan kesemua pegawai itu, minggu lalu.

“Bagi ruang kepada SPRM untuk jalankan siasatan dan kerajaan negeri bersikap terbuka dengan hal ini.

“Kerajaan negeri akan terus komited membanteras isu salah guna kuasa (di kalangan penjawat awam ya),” katanya selepas menghadiri program Latihan Amal dan Simulasi Menghadapi Bencana Banjir Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan seramai enam kakitangan MBSA telah direman termasuk dua daripada adalah jurutera. Selain itu, tirut ditahan adalah seorang kontraktor.

Kesemua yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung projek tebatan banjir.

Sementara itu, Amirudin memaklumkan bahawa kerajaan negeri serta MBSA belum lagi mengagihkan kontrak kepada mana-mana kontraktor dalam projek Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASuD).

Ujarnya, ini sekaligus tidak wujud dakwaan yang mengatakan ada kartel yang memonopoli projek terbabit.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI