fbpx

Taufan Noru badai Thailand esok, banjir kilat dijangka berlaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki mengharung air banjir di Bangkok pada 13 September lalu. - Xinhua

BANGKOK – Taufan dijangka melanda Thailand  esok, dua hari lebih lewat daripada ramalan oleh jabatan meteorologi negara berkenaan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Ribut tersebut akan menyebabkan hujan lebat di seluruh Thailand, namun impaknya dijangka  lebih serius di wilayah Mukdahan dan Amnat Charoen, timur laut Thailand.

Menurut Jabatan Meteorologi Thailand, taufan itu akan membawa hujan lebat dan banjir, sama seperti Taufan  Dianmu yang melanda negara gajah putih tersebut tahun lepas.

Selepas mengumpulkan kekuatan di Lautan Pasifik, ribut itu yang sebelum ini dinamakan Taufan Super Noru, melanda Filipina pada  Ahad dan Isnin lepas.

Lima pekerja penyelamat terbunuh dalam bencana banjir di Pulau Luzon selepas hujan lebat dan angin kencang akibat Taufan Super Noru, melanda pulau paling ramai penduduk di Filipina itu.

Ribut itu meninggalkan Filipina dan menjadi lebih lemah dan dikategorikan sebagai taufan biasa  Ia menuju ke arah barat melintasi  Laut China Selatan pada kelajuan 25 kilometer sejam.

Taufan Noru tiba di daratan di Vietnam hari ini dan dijangka melanda timur laut Thailand esok. ini.

Satu lagi ribut monsun sedang berlaku di Laut Andaman yang dijangka akan memburukkan lagi ribut sedia ada.

Hujan lebat diramalkan di setiap wilayah Thailand bermula 28 September hingga 1 Oktober ini. Orang ramai pula diberi amaran supaya bersiap sedia menghadapi banjir kilat di setiap kawasan di Thailand sepanjang minggu ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI