KUALA LUMPUR – Polis kini mengesan seorang lelaki warga Bangladesh bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh Ibu Pejabat Daerah (IPD) Brickfields.
Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur memaklumkan, alamat terakhir lelaki itu yang dikenali Mohammed Kazi Kamrul adalah di 223 Tingkat 2, Jalan Tun Sambathan, di sini.
“Polis Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Brickfields sedang menjalankan satu siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
“Dalam kes ini, Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan agar pengadu dikesan semula bagi tujuan membantu siasatan serta pemulangan barang kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, individu berkenaan diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Brickfields Kuala Lumpur, Insp. Yeo Joo Boon di talian 016-5159755. – KOSMO! ONLINE