fbpx

Mahkamah: Muhammad Shafee kembali wakili Najib dalam kes SRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib (tengah) ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyambung perbicaraan kes dana 1MDB, di sini hari ini. FOTO/ SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kembali mewakili bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. melibatkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan.

Perkara itu dinyatakan Muhammad Shafee ketika sebutan kes pengubahan wang haram RM27 juta membabitkan Najib dalam tiga akaun AmPrivate Banking di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.

“Saya kembali untuk mewakili Najib…meskipun berlaku sedikit `kekecohan’ ketika pendengaran rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan bulan lepas,” katanya.

Semasa prosiding hari ini, Hakim Mohamed Zaini sempat berseloroh mengatakan peguam tersebut sepatutnya terus mewakili anak guamnya.

Muhammad Shafee sebelum ini digugurkan oleh Najib daripada mewakili beliau dalam rayuan akhir bulan lalu dan digantikan dengan pasukan pembelaan baharu diketuai oleh Datuk Hisyam Teh Poh Teik serta peguam daripada Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST).

Bagaimanapun, ketika prosiding rayuan pada 18 Ogos lalu, Hisyam pula memohon menarik diri selepas panel lima hakim bersidang tidak membenarkan prosiding itu ditangguhkan manakala peguam daripada ZIST diberhentikan oleh Najib.

Pada prosiding hari ini ditetapkan untuk sebutan kes Najib yang menghadapi tiga pertuduhan pengubahan wang haram iaitu menerima wang berjumlah RM27 juta menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 November ini bagi satu lagi tarikh sebutan untuk mengetahui perkembangan permohonan semakan Najib.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Ashrof Adrin Kamarul.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI