fbpx

Mahkamah: 5 lelaki culik pengurup wang dijel seumur hidup, 10 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lima lelaki terselamat ke tali gantung apabila mereka dihukum penjara seumur hidup dan masing-masing 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang pengurup wang bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM3 juta di Pulau Pinang enam tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati kelima-lima tertuduh iaitu T. Shasitaran, 38; M. Ashokan, 39; Mohd. Sultan Ahmad Kabir, 43; Ong San Chia, 37, dan Yeoh Shyh Ming, 33, bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah memerintahkan setiap tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 2 dan 3 Oktober 2016. Kesemua mereka dihantar ke Penjara Pulau Pinang.

Sebelum ini kes itu didakwa dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Pulau Pinang dan keputusan itu disampaikan oleh Hakim Akhtar berikutan beliau telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur.

Mengikut pertuduhan mereka dituduh melarikan secara salah dan menahan seorang pengurup wang berumur 66 tahun, bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM3 juta.

Kesalahan itu dilakukan di tepi Jalan Rumbia berdekatan Kristal Garden, Bayan Lepas, kira-kira 10.30 pagi, 28 September 2016 yang didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau sebatan.

Terdahulu kelima-lima tertuduh yang diwakili peguam bela K. Thangesvaran, Anthony Chew, Dev Chander dan Ravi Chandran memohon supaya anak guam mereka tidak dikenakan hukuman mati sebaliknya hukuman penjara seumur hidup dengan alasan mereka menanggung keluarga.

Bagaimanapun pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Pendakwa Raya Muna Mohamed Jaafar berkata terpulang kepada budi bicara mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap semua tertuduh berdasarkan fakta kes dalam kejadian tersebut.

Bagaimanapun Menurut Muna, mitigasi dan rayuan yang dikemukakan tertuduh-tertuduh adalah bersifat peribadi semata-mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI