fbpx

Lori treler bawa muatan papan solar terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan treler yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Bukit Nenas menghala ke Sendayan pagi tadi.

SEREMBAN – Sebuah treler membawa muatan papan solar terbalik dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Axia di Lebuh Raya Bukit Nenas menghala ke Sendayan (atas jejambat Bukit Kepayang) berdekatan Plaza Tol Seremban Labu di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.42 pagi tadi melibatkan sebuah lori treler dan sebuah kereta Perodua Axia.

“Seorang mangsa wanita berusia 31 tahun yang memandu kereta Perodua Axia selamat keluar daripada kenderaan dengan sendiri, manakala seorang lelaki pemandu lori treler berusia 51 tahun tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke hospital,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata,
siasatan awal mendapati treler itu dipercayai telah hilang kawalan telah masuk ke laluan kereta Perodua Axia dan terbalik.

Jelas Nanda, kemalangan menyebabkan minyak diesel tumpah di atas jalan raya dan kerja- kerja pembersihan telah dilakukan oleh pihak Bomba.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI